Wednesday, July 9, 2008

SARAWAK.....BUMI DAKWAH..TANGGUNGJAWAB UMMAH






Beberapa masa yang lepas, saya berkesempatan untuk menjenguk satu kawasan pedalaman yang cukup popular kepada para pelancong asing. Tidak begitu dikenali dan diambil perhatian oleh kita sebagai orang Islam. Namun penemuan saya di sana memperlihatkan bahawa dicelah-celah tanah tinggi banjaran Penambo, terdampar sebentang lembah yang dinamakan sebagai Bario. Dan di dalam majoriti masyarakat kelabit di Bario tempat asal kelahiran Dato Seri Idris Jala(CEO MAS) ini, kedapatan minoriti kelompok muslim yang hidup bersama-sama dengan mereka.

Secara ringkasnya, penduduk Bario berjumlah lebih kurang 2000 orang dan di kalangan mereka hanya sejumlah 30 orang sahaja yang menganut Islam. Jalan perhubungan yang utama ialah jalan udara dengan menggunakan pesawat twin otter(45 minit dari Miri) dan jalan darat (14 jam perjalanan melalui jalan balak). Apa yang membanggakan saya, sinar dan syiar Islam tetap sampai di kawasan pedalaman yang amat sukar untuk didatangi oleh para pendakwah Islam ini.

Sepanjang di sana tidak kelihatan bekas-bekas jejak dakwah agensi kerajaan mahupun NGO Islam...hemm...satu masalah besar bagi kita semua. Mungkin nilai iman 30 orang muslim itu tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan majoriti umat Islam yang lain di Sarawak...atau mungkin juga lantaran bajet yang tidak kesampaian ....atau mungkin juga pendakwah-pendakwah kita (kita semualah tuu) tidak terfikir untuk meneroka bumi Sarawak yang amat luas ini. Semua kemungkinan-kemungkinan ini akhirnya membawa kepada PENGABAIAN YANG AMAT BESAR!!!

Sejarah pengIslaman bangsa Kelabit di Bario bermula lebih kurang 28 tahun yang lalu dan dikhabarkan sejak dari itu, amat kurang program-program dakwah diadakan di sana. Oleh yang demikian, jangan hairan jika sebahagian besar penganut Islam di sana hanya tinggal nama semata-mata, tetapi cara hidup mereka tidak menggambarkan nilai hidup dan pengamalan sebagai seorang muslim yang sepatutnya.

Lantaran itu, moga-moga penulisan ini sekurang-kurangnya dapat membuka ruang untuk kita memikirkan sesuatu untuk mereka...paling kurangpun doa. Apa yang membimbangkan, kesan daripada usaha dakwah yang tidak sempurna, majoriti mereka ini mempunyai pemahaman Islam yang amat salah dan terpesong...dalam hampir semua urusan keagamaan...munakahat, ibadat.......Lantas..keperluan utama masyarakat Islam di Bario ialah perlunya pembimbing/daei sebagai penyuluh dan petunjuk buat mereka.

Kesimpulannya, perlu ada USAHA untuk memperkasakan dasar iman mereka...dan semestinya yang bertanggungjawab ialah semua orang Islam sama ada dalam JAIS, JAKIM, Baitulmal, NGO Islam seperti HIKMAH, ABIM, Yayasan Amal....semua kita perlu ada USAHA untuk membantu saudara-saudara kita di sana...KERANA Allah tidak akan bertanya sama ada usaha kita BERJAYA atau TIDAK tetapi yang akan ditanya ialah sudah ada USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH dilaksanakan ATAU TIDAK? Tepuk dada tanyalah iman dan diri kita sendiri...........

(Diatas: Bingkisan foto pemandangan dan salah sebuah keluarga muslim di Bario)




No comments: