Wednesday, August 26, 2009

Safari Ramadhan di Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku Abdul Rahman, MIRI

         Safari Ramadhan pertama telah diadakan dengan jayanya di Masjid al-Firdaus, Taman Tunku. Program yang santai dan menarik dengan pengisian melalui Tazkirah Ramadhan oleh YBhg Ustaz Haji Rosli bin Haji Arup, KPP Zon Utara JAIS.
 Ustaz Haji Rosli, KPP Zon Utara (tengah). Di sebelah kanan Ustaz Haji Rosli ialah Temenggong Bahagian Miri, Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman bin Fadzail merangkap Timbalan Pengerusi HIKMAH Sarawak.
Buat sahabat-sahabat...antara pesanan menarik yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz ialah mengenai kelebihan mereka yang menunaikan solat sunat tarawikh sepanjang bulan Ramadhan dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap umat Islam untuk memperolehi malam al-Qadar terutama pada 10 malam terakhir berasarkan hadis dan perbuatan Rasulullah SAW. Pentazkirah Turut menimbulkan rasa risau terhadap diri kita yang mengaku beriman ini ialah sejauhmana taat dan patuh akan perintah Allah yang telah kita laksanakan selaku HAMBANYA...atau sekadar mengaku sahaja beriman tetapi dari sudut perbuatan SAMA SAHAJA DENGAN MEREKA YANG TIDAK BERIMAN??  
Antara jemaah yang hadir mendengar tazkirah sementara menunggu Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah
p/s: Ustaz juga berpesan, Nabi tidak bersama-sama dengan isteri-isteri baginda dalam 10 malam terakhir untuk memperolehi malam al-Qadar. Bahkan Nabi turut mengejutkan seluruh ahli keluarga Baginda untuk sama-sama beribadah dalam tempoh tersebut. SOALAN : BOLEH BUAT?? 

JOM KITA BERLUMBA.....

AlhamdulilLah...tanpa disangka-sangka Ramadhan kali ini menghidangkan banyak peluang untuk meningkatkan AMAL dan merancakkan perlumbaan berbuat kebaikan serta kebajikan. Tahniah kepada JAIS Miri, agensi Islam (JAKIM, TBS) dan NGOs Islam di Miri (HIKMAH, PERKIM, PERKIS) yang menganjurkan program "Safari Ramadhan 1430H". Mudah-mudahan dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan silaturrahim dan saling taaruf serta menghidupkan malam-malam Ramadhan.  Buat sahabat-sahabat yang ingin bersama "Safari Ramadhan"....disini diselitkan jadual.
1. 25 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Masjid Al-Firdaus, Tmn Tunku
2. 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Nurul Ibadah, Kpg Muhibbah, Kuala Baram
3. 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Batu 8, Jalan Miri-Bintulu
4. 30 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Mohd Taha, Bakong (Kampung Saudara Kita)
5. 1 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Besar Marudi
6. 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Nur Islam, Kg Tiris, Bekenu
7. 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
8. 5 Sept 2009: Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman
    (Anjuran AMAL Sarawak) di Masjid At-Taqwa, Miri
9. 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Darul Aman, Kpg Tegageng, Suai (Kpg Saudara Kita)
10. 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kampung Iran, Suai
11. 13 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Baru Niah (Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sarawak)
12. 15 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Satap, Bekenu

RAMADHAN KARIM..AHLAN!!!

"Semoga Ramadhan ini menjadi madrasah yang berguna kepada kita"

Tuesday, August 18, 2009

SYUKUR....

Agak lama juga blog ini menyepi lantaran kesibukan dan buat-buat sibuk yang melanda. Walau apapun, mudah-mudahan menjelang Ramadhan ini ia akan mampu memberi kekuatan dan kesungguhan untuk terus menyumbang di alam maya...
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"