Sunday, April 27, 2008

Sistem Keadilan di Malaysia...???? Satu Cabaran kepada Negara.


Bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev mengadakan kunjungan untuk bertemu dengannya dengan membawa hasrat kerajaan Mongolia dan rakyat negara itu tentang ketelusan dan keadilan Malaysia dalam kes anaknya itu.

Tegasnya, Malaysia harus dilihat sebuah negara yang adil khususnya dalam kes ini sekali gus meletakkan imej Malaysia di mata dunia.

"Kita mestilah dilihat sebuah negara yang adil dan saksama dan menjamin keadilan itu sebagai asas negara kita.

"Persoalanya kenapa surat daripada Perdana Menteri Mongolia dan Menteri Luar negara itu kepada PM kita tidak terjawab sehingga kini," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.
Sementara itu, Shaariibuu yang turut sama dalam sidang media kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah melengah-lengahkan perbicaraan kes mendiang anaknya.
"Banyak kali saya datang ke Malaysia dan mahu mengikuti perbicaraan, tetapi mahkamah menangguhkan perbicaraan itu atas alasan banyak kes perlu dikendalikan," katanya.
Tegasnya, kemelut yang berlaku ini bukan atas dasar peribadi tetapi ianya juga membabitkan hubungan dua buah negara iaitu Malaysia dan Mongolia.

"Jika Malaysia tidak adil dalam kes anak saya dan tidak respons surat berkenaan kerajaan Mongolia tidak teragak-agak akan memutuskan hubungan dengan Malaysia," katanya.
Shaariibuu tiba di negara ini kelmarin, bagi mengikuti perbicaraan ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh model kelahiran Mongolia berusia 28 tahun itu. - mns
(Sedutan dari HarakahDaily)

No comments: