Sunday, October 12, 2008

AL-KISAH.......





Sejak isu penahanan ISA 3 orang individu YB Teresa Kok, Raja Petra Kamaruddin dan Tan Hoon Cheng banyak persoalan yang timbul dibenak fikiran. Pelbagai info dan penjelasan yang diterima sama ada melalui media massa arus perdana dan massa alternatif. Lantaran itu, pencarian maklumat yang adil dan tepat seWAJIBnya digali dengan BETUL agar dapat menentukan arah tuju dan menjawab persoalan yang timbul.


Antara ketiga-tiga adegan penahanan itu, saya tertarik dengan penahanan YB Teresa Kok yang jelas sebab penahanan beliau kerana hasil pena yang dicontengkan di dada laporan akhbar Utusan Malaysia berkaitan dengan sensitiviti agama (azan, tulisan jawi dan babi).


Setelah puas mencari akhirnya ada penjelasan yang telah diberikan oleh YB Teresa Kok dalam Majlis Dialog Bersama Blogger pada 09 Oktober 2008 yang lalu. ANDA BOLEH NILAIKAN SENDIRI......tulisan di bawah daripada http://aminiskandar.wordpress.com/


"Utusan Malaysia sering menggambarkan bahawa Teresa Kok sebagai “momok” kepada orang-orang Melayu. Tetapi setelah berbual dan berdialog dengannya, barulah saya tahu bahawa Teresa Kok ini adalah seorang yang kelakar dan sering tertawa!


Banyak isu yang kami bualkan daripada isu ISA, isu Babi, isu JAIS, isu azan dan banyak lagi. Selain daripada mendengar penjelasan daripada Teresa, penulis-penulis blog yang hadir juga memberikan pandangan dan kritikan.


Diantara point penting yang dijelaskan oleh Teresa ialah:
Beliau ditahan ISA dua hari setelah Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Zaini Hassan yang bertajuk “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya”.


Sepanjang berada dalam tahanan ISA, polis menyoal siasat beliau berdasarkan kepada artikel tersebut.

Tidak pernah membangkitkan tentang peruntukkan 30 peratus yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap agama Islam dan tidak pernah mendengar mana-mana Exco kerajaan negeri membangkitkannya.

Tidak tahu-menahu mengenai isu Azan. Terkait hanya kerana pembantunya di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kinrara menerima petisyen tersebut dan mengecop “terima”.

Polis menyarakan agar Teresa mengambil pengawal peribadi kerana tidak dapat melindunginya.
Antara yang perlu orang Melayu dan umat Islam di Malaysia ketahui juga, Teresa Kok mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sejarah Islam sewaktu berada dalam tingkatan enam dan mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Tamadun Islam sewaktu menajdi mahasiswa di Universiti Sains Malaysia.

Beliau turut mengakui setelah menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, beliau lebih mengenali Islam.

Turut hadir
Arif Abdull dan penyajak dan pelakon yang saya kagumi, Bro Pyan Habib
Pelajaran yang dapat saya pelajari setelah menghadiri program tersebut ialah:


1) Hentikan membeli Utusan Malaysia dan galakkan keluarga serta sahabat handai untuk turut menghentikan pembelian akhbar tersebut. Membeli Utusan Malaysia adalah lebih merbahaya daripada membeli rokok kerana rokok hanya merosakkan diri sendiri tetapi Utusan Malaysia merosakkan agama, bangsa dan negara.


2) Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal untuk menjaga keselamatan rakyat. Terbukti apabila mereka menyuruh Teresa Kok menggajikan Pengawal Peribadi. PDRM hanya akan bertindak cemerlang apabila menjaga keselamatan politik pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

3) Jualan akhbar Utusan Malaysia akan terus merosot dan dalam jangkamasa terdekat ini akan dikalahkan oleh akhbar Sinar Harian yang lebih bebas dan terbuka"


(.......sambungan dlm Al-Kisah II)

No comments: