Tuesday, July 22, 2008

MONEY - MORE WASTE AND LOSSES



The Government of Dato Seri Abdullah Badawi has lost billions of Ringgit by cancelling the bridge project to replace the causeway, postponing the double-tracking and electrification of the North-South railway and the sale of M.V. Agusta by Proton. The Government had also wasted money - RM2 billion in Terengganu. Thinking that he had the right to use Wang Ehsan, the royalty from Petronas to the State of Terengganu totalling more than five billion Ringgit over several years Dato Seri Abdullah together with Dato Seri Idris Jusoh, the former Menteri Besar of Terengganu went on a spending spree.


Without any proper study and planning, without bothering about the rules and regulations about how Government money should be allocated and used, Dato Seri Abdullah and Dato Seri Idris and their cronies spent huge sums of the "Wang Ehsan" on a theme park (Crystal Mosque), Monsoon Cup, development of Setiu etc etc. More than two billion Ringgit were poured into Terengganu.


Then in 2008, Barisan Nasional won and Abdullah happily decided to spend more of the Wang Ehsan on fancy projects. Unfortunately the Sultan of Terengganu refused to have Idris Jusoh as Menteri Besar. It was a slap in the face fo Abdullah when he was forced to accept the Sultan's nominee as Menteri Besar.


This new Menteri Besar insisted that the royalty due to Terengganu should be paid to the State and the State should manage the fund. This was as it should be. But the Menteri Besar insisted that what was spent before this in building the theme park, organising the Monsoon Cup etc worth about RM 2 billion was not from the royalty due to Terengganu. It was from Federal fund. He demanded that the full amount of royalty over the years should be paid to Terengganu. So RM2 billion of Federal funds have been expended on Terengganu, the richest State in Malaysia.


Failing this Terengganu has a court case initiated by the PAS Government which the BN State Government has not withdrawn. The Federal Government will now have to find some RM5 billion to give to Terengganu. Where is this money going to come from? Obviously from the Federal Consolidated Fund. Basically the Federal Government will lose RM5 billion because it had assumed that a tame Terengganu Menteri Besar would collaborate in some of the most wasteful projects for the State and the country. I am told that a Disneyland designer was engaged to design the "Crystal Mosque" and theme park. Must cost a lot. Some contractors made tons of money getting projects without proper processes.


(dipetik daripada http://www.chedet.com/)

Monday, July 14, 2008

RAKAMAN PERJALANAN...PROGRAM SUSULAN DI TEGAGENG





10 Julai yang lepas, saya bersama rakan-rakan dari JAKIM dan Baitulmal Miri telah melakukan program susulan ke Kampung Saudara KitaTegageng, Suai. Cuma kali ini agenda lebih terarah kepada usaha untuk melatih Imam, Bilal dan Khatib dikalangan penduduk tempatan ini.


SUNGGUH...kali ini saya dan juga teman-teman yang lain dalam keadaan dilemma kerana sambutan yang agak dingin diberikan kali ini. Ditambah lagi dengan diakhirnya...tidak ada sesiapapun yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai Imam....ALASANNYA kerana ilmu tidak cukup, saya tidak layak, ada orang lain yang lebih baik ...dan banyak lagi.. walaupun telah dijelaskan dari sudut hukum...namun jawapan yang sama masih diberikan.


Tidak cukup setakat itu, dijelaskan keperluan-keperluan yang amat asas untuk menjadi Imam.....juga jawapan yang mendukacitakan telah diberikan...


Apapun, memang tidak dapat disalahkan ke atas mereka semata-mata....suka atau tidak, mungkin ini salah satu kesan hasil daripada pengabaian terhadap saudara kita sejak sekian lama. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang hanya tinggal nama sahaja......ataupun memang mereka enggan untuk memperbaiki keadaan. Semuanya berkemungkinan dan semuanya menuntut kepada pemahaman terhadap budaya dan adat setempat yang selama ini telah mempengaruhi pemikiran dan pemahaman terhadap Islam.


Apa yang penting USAHA dan DOA mesti diteruskan supaya kita tidak tergolong dalam kategori orang-orang yang KECEWA dan PUTUS ASA.


(gambar di atas: Sekadar rakaman aktiviti sampingan semasa rehat tengahari)

Saturday, July 12, 2008

FITNAH INTERNET, SMS, PERBUATAN KHIANAT KATA PM.


Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008. Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan.
Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.
Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.
Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain. Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah.
Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.
(dipetik dari www.chedet.com)

Wednesday, July 9, 2008

SARAWAK.....BUMI DAKWAH..TANGGUNGJAWAB UMMAH






Beberapa masa yang lepas, saya berkesempatan untuk menjenguk satu kawasan pedalaman yang cukup popular kepada para pelancong asing. Tidak begitu dikenali dan diambil perhatian oleh kita sebagai orang Islam. Namun penemuan saya di sana memperlihatkan bahawa dicelah-celah tanah tinggi banjaran Penambo, terdampar sebentang lembah yang dinamakan sebagai Bario. Dan di dalam majoriti masyarakat kelabit di Bario tempat asal kelahiran Dato Seri Idris Jala(CEO MAS) ini, kedapatan minoriti kelompok muslim yang hidup bersama-sama dengan mereka.

Secara ringkasnya, penduduk Bario berjumlah lebih kurang 2000 orang dan di kalangan mereka hanya sejumlah 30 orang sahaja yang menganut Islam. Jalan perhubungan yang utama ialah jalan udara dengan menggunakan pesawat twin otter(45 minit dari Miri) dan jalan darat (14 jam perjalanan melalui jalan balak). Apa yang membanggakan saya, sinar dan syiar Islam tetap sampai di kawasan pedalaman yang amat sukar untuk didatangi oleh para pendakwah Islam ini.

Sepanjang di sana tidak kelihatan bekas-bekas jejak dakwah agensi kerajaan mahupun NGO Islam...hemm...satu masalah besar bagi kita semua. Mungkin nilai iman 30 orang muslim itu tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan majoriti umat Islam yang lain di Sarawak...atau mungkin juga lantaran bajet yang tidak kesampaian ....atau mungkin juga pendakwah-pendakwah kita (kita semualah tuu) tidak terfikir untuk meneroka bumi Sarawak yang amat luas ini. Semua kemungkinan-kemungkinan ini akhirnya membawa kepada PENGABAIAN YANG AMAT BESAR!!!

Sejarah pengIslaman bangsa Kelabit di Bario bermula lebih kurang 28 tahun yang lalu dan dikhabarkan sejak dari itu, amat kurang program-program dakwah diadakan di sana. Oleh yang demikian, jangan hairan jika sebahagian besar penganut Islam di sana hanya tinggal nama semata-mata, tetapi cara hidup mereka tidak menggambarkan nilai hidup dan pengamalan sebagai seorang muslim yang sepatutnya.

Lantaran itu, moga-moga penulisan ini sekurang-kurangnya dapat membuka ruang untuk kita memikirkan sesuatu untuk mereka...paling kurangpun doa. Apa yang membimbangkan, kesan daripada usaha dakwah yang tidak sempurna, majoriti mereka ini mempunyai pemahaman Islam yang amat salah dan terpesong...dalam hampir semua urusan keagamaan...munakahat, ibadat.......Lantas..keperluan utama masyarakat Islam di Bario ialah perlunya pembimbing/daei sebagai penyuluh dan petunjuk buat mereka.

Kesimpulannya, perlu ada USAHA untuk memperkasakan dasar iman mereka...dan semestinya yang bertanggungjawab ialah semua orang Islam sama ada dalam JAIS, JAKIM, Baitulmal, NGO Islam seperti HIKMAH, ABIM, Yayasan Amal....semua kita perlu ada USAHA untuk membantu saudara-saudara kita di sana...KERANA Allah tidak akan bertanya sama ada usaha kita BERJAYA atau TIDAK tetapi yang akan ditanya ialah sudah ada USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH dilaksanakan ATAU TIDAK? Tepuk dada tanyalah iman dan diri kita sendiri...........

(Diatas: Bingkisan foto pemandangan dan salah sebuah keluarga muslim di Bario)