Wednesday, April 30, 2008

Khemah Ibadah




Alhamdulillah..semalam telah diadakan program "Khemah Ibadah" di Surau Nurul Yakin, Kampung Muhibah, Ladang 3, Niah. Khemah sehari ini mengandungi 4 pengisian utama iaitu berkisar tentang tuntutan mencari ilmu, ibadat, akhlak dan aqidah.


Apa yang menarik....sambutan penduduk kampung amat meriah dan memberangsangkan melebihi jangkaan pihak penganjur. Mula target peserta hanyalah 40 orang sahaja tetapi yang berdaftar dan menyertai program menghampiri angka 80 orang (tidak termasuk mereka yang menjadi urusetia)- lapor Ustazah Norhayati. Subhanallah...syukur kerana dalam kesibukan hidup warga kampung, ada ruang masa untuk menghadiri Majlis Ilmu serta mengabdikan diri untuk memperkasa ilmu pengetahuan.


Penyertaan daripada golongan belia/ remaja juga tidak mengecewakan, kebiasaannya agak jarang untuk melihat orang muda melibatkan diri dalam program sebegini, namun perspektif berbeza ditunjukkan di kampung ini...Alhamdulillah. Lebih dari itu, di tengah-tengah himpunan peserta ini, saya agak tertarik melihat kedapatan para peserta wanita yang bertudung labuh...jarang-jarang untuk dijumpa. Teringat akan cerita kakak semasa belajar di USM tentang ungkapan kata sebuah kumpulan Nasyid kontemporari tanahair semasa membuat persembahan yang menyatakan ;

"...amat mudah kita temui kumpulan gagak yang sememangnya berbulu hitam, tetapi agak jarang untuk kita temui sekawan gagak putih di dalam kumpulan gagak hitam....(perumpamaan kualiti wanita yang solehah)"


Namun itu hanya secebis dari satu sudut kriteria yang perlu dipenuhi oleh muslimah sejati. Apapun...setinggi penghargaan kepada Ustazah Narimah, Ustazah Zaharah, Ustazah Norhayati , Cik Rafidah dan Bang Ali yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Sunday, April 27, 2008

Sistem Keadilan di Malaysia...???? Satu Cabaran kepada Negara.


Bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev mengadakan kunjungan untuk bertemu dengannya dengan membawa hasrat kerajaan Mongolia dan rakyat negara itu tentang ketelusan dan keadilan Malaysia dalam kes anaknya itu.

Tegasnya, Malaysia harus dilihat sebuah negara yang adil khususnya dalam kes ini sekali gus meletakkan imej Malaysia di mata dunia.

"Kita mestilah dilihat sebuah negara yang adil dan saksama dan menjamin keadilan itu sebagai asas negara kita.

"Persoalanya kenapa surat daripada Perdana Menteri Mongolia dan Menteri Luar negara itu kepada PM kita tidak terjawab sehingga kini," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.
Sementara itu, Shaariibuu yang turut sama dalam sidang media kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah melengah-lengahkan perbicaraan kes mendiang anaknya.
"Banyak kali saya datang ke Malaysia dan mahu mengikuti perbicaraan, tetapi mahkamah menangguhkan perbicaraan itu atas alasan banyak kes perlu dikendalikan," katanya.
Tegasnya, kemelut yang berlaku ini bukan atas dasar peribadi tetapi ianya juga membabitkan hubungan dua buah negara iaitu Malaysia dan Mongolia.

"Jika Malaysia tidak adil dalam kes anak saya dan tidak respons surat berkenaan kerajaan Mongolia tidak teragak-agak akan memutuskan hubungan dengan Malaysia," katanya.
Shaariibuu tiba di negara ini kelmarin, bagi mengikuti perbicaraan ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh model kelahiran Mongolia berusia 28 tahun itu. - mns
(Sedutan dari HarakahDaily)

Friday, April 25, 2008

Perjalanan semalam.....



Syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk berjumpa dengan para ayahanda dan bonda di Perkampungan Saudara Kita bertempat di Kampung Tegageng, Suai.


Banyak yang perlu diusahakan untuk terus menyuburkan iman dan taqwa di kalangan saudara kita. Walaupun jalan berliku dan sentiasa "vibrate" namun ia hanya sekelumit halangan untuk datang bersua muka dan bertanya khabar.


Terima kasih Ustaz Khwar, Ustazah Mas dan Bang Pian yang bersungguh untuk meluangkan masa mencurahkan ilmu yang ada kepada mereka. Moga Allah memberikan ganjaran dan redhanya kepada kita semua.


Cuma apa yang menyentak jiwa dan hati kecil kita ialah jarang sekali saudara-saudara yang lain datang menjenguk muka membantu jika bukan atas nama khemah ibadah, kursus, program dan sebagainya.

Wednesday, April 23, 2008

Hari ini dalam sejarah...


Perkembangan teknologi dan perlumbaan menguasai maklumat membuka mata untuk mempunyai blog sendiri. Tatkala rakan-rakan lain telah berkecimpung lebih terkehadapan...dengan pelbagai sumbangan ilmu dan maklumat, mudah-mudahan belum terlambat untuk turut menyumbang bersama-sama...




Apapun, terima kasih kepada Sazmani...walaupun dah lama tak bertemu, namun blogmu telah memberi inspirasi untuk terjebak sama di dalam dunia blog ini.




Ku hadiahkan gambar unta ini sebagai muhasabah kita bersama...Mari kita lihat kelebihan UNTA yang Allah anugerahkan kepada makhlukNYa ini.