Monday, July 14, 2008

RAKAMAN PERJALANAN...PROGRAM SUSULAN DI TEGAGENG





10 Julai yang lepas, saya bersama rakan-rakan dari JAKIM dan Baitulmal Miri telah melakukan program susulan ke Kampung Saudara KitaTegageng, Suai. Cuma kali ini agenda lebih terarah kepada usaha untuk melatih Imam, Bilal dan Khatib dikalangan penduduk tempatan ini.


SUNGGUH...kali ini saya dan juga teman-teman yang lain dalam keadaan dilemma kerana sambutan yang agak dingin diberikan kali ini. Ditambah lagi dengan diakhirnya...tidak ada sesiapapun yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai Imam....ALASANNYA kerana ilmu tidak cukup, saya tidak layak, ada orang lain yang lebih baik ...dan banyak lagi.. walaupun telah dijelaskan dari sudut hukum...namun jawapan yang sama masih diberikan.


Tidak cukup setakat itu, dijelaskan keperluan-keperluan yang amat asas untuk menjadi Imam.....juga jawapan yang mendukacitakan telah diberikan...


Apapun, memang tidak dapat disalahkan ke atas mereka semata-mata....suka atau tidak, mungkin ini salah satu kesan hasil daripada pengabaian terhadap saudara kita sejak sekian lama. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang hanya tinggal nama sahaja......ataupun memang mereka enggan untuk memperbaiki keadaan. Semuanya berkemungkinan dan semuanya menuntut kepada pemahaman terhadap budaya dan adat setempat yang selama ini telah mempengaruhi pemikiran dan pemahaman terhadap Islam.


Apa yang penting USAHA dan DOA mesti diteruskan supaya kita tidak tergolong dalam kategori orang-orang yang KECEWA dan PUTUS ASA.


(gambar di atas: Sekadar rakaman aktiviti sampingan semasa rehat tengahari)

1 comment:

aiman said...

saya merupakan remaja kampung tegageng, saya sendiri pun sedih dengan keadaan kampung yang amat kurang dari sudut agama ini..terima kasih kepada pihak anda kerana sudi untuk melawat dan memberi perhatian kepada kampung saya ini..diharap agar pihak anda dapat memberi lebih perhatian.
cadangan: buat kursus keagamaan scra pecuma untuk remaja serta orang lama bagi melatih mereka menjadi insan yang berguna untuk agama,spt kursus imam @ kursus solat jenazah,