Wednesday, April 30, 2008

Khemah Ibadah




Alhamdulillah..semalam telah diadakan program "Khemah Ibadah" di Surau Nurul Yakin, Kampung Muhibah, Ladang 3, Niah. Khemah sehari ini mengandungi 4 pengisian utama iaitu berkisar tentang tuntutan mencari ilmu, ibadat, akhlak dan aqidah.


Apa yang menarik....sambutan penduduk kampung amat meriah dan memberangsangkan melebihi jangkaan pihak penganjur. Mula target peserta hanyalah 40 orang sahaja tetapi yang berdaftar dan menyertai program menghampiri angka 80 orang (tidak termasuk mereka yang menjadi urusetia)- lapor Ustazah Norhayati. Subhanallah...syukur kerana dalam kesibukan hidup warga kampung, ada ruang masa untuk menghadiri Majlis Ilmu serta mengabdikan diri untuk memperkasa ilmu pengetahuan.


Penyertaan daripada golongan belia/ remaja juga tidak mengecewakan, kebiasaannya agak jarang untuk melihat orang muda melibatkan diri dalam program sebegini, namun perspektif berbeza ditunjukkan di kampung ini...Alhamdulillah. Lebih dari itu, di tengah-tengah himpunan peserta ini, saya agak tertarik melihat kedapatan para peserta wanita yang bertudung labuh...jarang-jarang untuk dijumpa. Teringat akan cerita kakak semasa belajar di USM tentang ungkapan kata sebuah kumpulan Nasyid kontemporari tanahair semasa membuat persembahan yang menyatakan ;

"...amat mudah kita temui kumpulan gagak yang sememangnya berbulu hitam, tetapi agak jarang untuk kita temui sekawan gagak putih di dalam kumpulan gagak hitam....(perumpamaan kualiti wanita yang solehah)"


Namun itu hanya secebis dari satu sudut kriteria yang perlu dipenuhi oleh muslimah sejati. Apapun...setinggi penghargaan kepada Ustazah Narimah, Ustazah Zaharah, Ustazah Norhayati , Cik Rafidah dan Bang Ali yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

No comments: